GEORGE TOWN – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka akan mengadakan pertemuan lebih awal bersama lima pemimpin tertinggi UMNO berhubung tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sebelum pembentangan Bajet 2023.
Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, sebarang keputusan yang dibuat akan dirujuk dalam satu mesyuarat yang akan diadakan bersama kepimpinan tersebut.
“Seperti yang saya jelaskan sebelum ini, sebarang keputusan (tarikh PRU-15) hanya akan dibuat oleh Top 5 UMNO,” katanya kepada ketika ditemui di pekarangan luar Pusat Konvensyen SPICE, Bayan Baru di sini hari ini.
Ismail Sabri menjawab soalan sama ada PRU-15 bertepatan diadakan pada tahun ini mahupun sebaliknya seperti yang dijangkakan banyak pihak.
Kehadiran beliau ke Pulau Pinang adalah kali yang kedua sejak dilantik sebagai Perdana Menteri Ogos tahun lalu. – KOSMO! ONLINE