fbpx

Proses bedah siasat mayat juruterbang helikopter selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pekarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh hari ini.

IPOH – Proses bedah siasat ke atas mayat juruterbang helikopter jenis Eurocopter EC120B yang ditemukan terhempas di Hutan Simpan Chikus berhampiran Kampung Kenangan, Bidor semalam telah selesai.

Proses berkenaan dijalankan oleh pakar forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) bermula pukul 9 pagi dan selesai pada pukul 1 petang.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, hasil bedah siasat mendapati punca kematian Tsz Kin Richard Chan, 58, adalah konsisten dengan nahas udara.

“Berdasarkan laporan bedah siasat, punca kematian juruterbang itu kerana kecederaan di kepala akibat kemalangan penerbangan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Difahamkan, jasad juruterbang warga Hong Kong itu akan ditempatkan sementara di Jabatan Forensik HRPB sebelum dituntut waris Ahad ini.

Isteri mangsa difahamkan masih berada di luar negara dan dijadualkan tiba di Malaysia dalam masa terdekat.

Operasi mengesan helikopter Eurocopter EC120B milik syarikat swasta itu dijalankan selepas gagal dihubungi Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) pada pukul 12.16 tengah hari kelmarin.

Mayat Richard berjaya ditemukan pasukan operasi SAR di bahagian kokpit helikopter di dalam hutan simpan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI