fbpx

Parodi jual buah pinggang untuk beli iPhone 14 dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga individu tersebut memegang peranti iPhone 14 terbaharu mereka sambil menyelak sebahagian pakaian yang mendedahkan pembalut pada perut mereka. - Matichon

VIENTIANE, LAOS – Sebuah hantaran Facebook yang memaparkan pesanan mengenai harga telefon pintar iPhone terbaharu menjadi sasaran kecaman netizen di Thailand kerana menggambarkan keadaan individu yang seolah-olah sanggup menjual organ demi membeli peranti tersebut.

Hantaran  berasal dari Laos itu menunjukkan tiga individu memegang peranti iPhone 14 terbaharu mereka sambil menyelak sebahagian pakaian yang mendedahkan pembalut pada perut masing-masing.

“Bersetuju untuk membeli iPhone 14,” demikian menurut keterangan pada hantaran tersebut.

Di Thailand, model telefon pintar tersebut dijual pada harga antara 41,000 baht hingga 45,000 baht (RM5,087 hingga RM5,584), harga yang dianggap mahal untuk negara tersebut.

Justeru, gambar yang dimuat naik di Facebook tersebut mencetuskan kontroversi di Thailand meskipun ia dianggap tidak lebih daripada sekadar gurauan di Laos.

Ia dikatakan dikongsikan sebagai parodi berikutan harga model terbaharu iPhone tersebut yang sangat mahal sehingga membuatkan netizen bergurau mengenai jumlah wang yang boleh diperoleh jika mereka menjual buah pinggang.

Pengarah Urusan Pusat Pendermaan Organ yang bernaung di bawah Persatuan Palang Merah Thai, Dr. Sophon Mekthon menganggap parodi tersebut tidak beretika dan tidak wajar dilakukan.

Beliau menolak idea yang menyatakan bahawa berkemungkinan terdapat kegiatan menjual organ di Thailand. 

Dalam masa sama, beliau turut menggelar tindakan pihak yang memberi idea kepada orang ramai untuk menjual organ demi membeli iPhone sebagai tidak bertanggungjawab.

“Tiada kegiatan menjual organ (di Thailand), ia diharamkan. Ia juga satu tindakan yang tidak wajar untuk mencadangkan agar orang ramai menjual organ mereka terutamanya untuk membeli sebuah peranti iPhone.

“Ia salah dari sudut moral dan tidak beretika,” tegasnya. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI