fbpx

Lelaki Orang Bebas Berlesen atas kesalahan dadah hilang ketika bekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OBB yang dipercayai hilang semasa bekerja sebagai buruh di Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU – Seorang lelaki yang merupakan Orang Bebas Berlesen (OBB) dipercayai hilang semasa sedang bekerja sebagai buruh bersama tiga rakannya di pusat bandar ini semalam.

OBB yang berusia dalam lingkungan 30-an dan telah menjalani hukuman penjara selama 10 bulan atas kesalahan dadah itu disedari hilang di tempat kerjanya kira-kira pukul 5 hingga 6 petang.

Pengarah Penjara Kelantan, Penolong Kanan Komisioner Mat Yaacob berkata, pihaknya menyedari kehilangan banduan terbabit selepas dihubungi oleh majikan dan salah seorang rakannya yang bekerja dengan lelaki itu.

Menurutnya, OBB terbabit sudah dilepaskan dari penjara dan kini berada di bawah pengawasan parol untuk menjalani Program Pemulihan Dalam Komuniti.

“Kita sedang mengesan OBB terbabit sejak semalam selepas menerima maklumat berhubung kehilangannya yang berasal dari Gua Musang.

“Pegawai parol turut memaklumkan berhubung kehilangan OBB terbabit kepada saya petang semalam. Oleh itu, saya memohon agar orang ramai tidak menyebarkan maklumat yang tidak benar,”katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Mat berkata, lelaki itu sudah dilepaskan dan sedang menjalani program pemulihan komuniti di bawah parol selama sebulan sebelum dibebaskan sepenuhnya.

Tambahnya, sehubungan itu, pihaknya meminta kerjasama orang ramai menghubungi pihak parol dan Perkhidmatan Komuniti Kota Bharu sekiranya mempunyai maklumat mengenai OBB tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI