fbpx

OKT kes dadah meninggal dunia ketika rawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEBERAPA pegawai polis IPD Ipoh berada di Jabatan Forensik HRPB, Ipoh bagi menguruskan kes OKT meninggal dunia ketika menerima rawatan, hari ini.-FOTO MUHAMAD NAZREEN SHAH MUSTHAFA

IPOH – Seorang lelaki yang juga orang kena tahan (OKT) disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada pukul 10.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, lelaki berusia 62 tahun itu didapati dalam keadaan tidak sihat pada pukul 9.02 pagi ketika berada di lokap Balai Polis Jelapang.

Katanya, ketika itu OKT tersebut sedang menunggu untuk dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh bagi tujuan pertuduhan berkaitan kes dadah.

“Polis telah menghubungi pihak hospital dan lelaki terbabit dihantar ke HRPB oleh ambulans bagi mendapatkan rawatan. Bagaimanapun, lelaki itu disahkan meninggal dunia pada pukul 10.30 pagi di HRPB setelah rawatan kecemasan diberikan pegawai perubatan,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut beliau, OKT ditangkap Sabtu lalu di Jalan Carey dekat sini di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Bedah siasat akan dijalankan esok bagi mengetahui punca kematian. Siasatan kes dijalankan Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Tahanan (USJKT) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI