fbpx

Melaka mohon tindakan segera, naik taraf jalan Persekutuan elak banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rahmad ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam, Melaka. - FOTO/ MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI

MELAKA – Kerajaan Pusat diminta mempercepatkan proses permohonan negeri-negeri khususnya kerja menaik taraf jalan Persekutuan bagi menyelesaikan masalah banjir.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir Melaka, Datuk Rahmad Mariman berkata, banjir yang berlaku di negeri ini berpunca daripada pelbagai faktor termasuk saiz saliran bawah jalan yang terlalu kecil dan pembetung yang perlu digantikan dengan jambatan.

Kata beliau, meskipun kerajaan negeri telah mengenal pasti masalah banjir contohnya di Ramuan China tetapi perkara itu perlu mendapat kelulusan daripada kerajaan Persekutuan.

“Kita minta supaya permohonan ini disegerakan, saya bimbang jika lambat melaksanakannnya maka isu banjir akan berlaku kembali.

“Sedangkan isu ini kita telah kenal pasti, cuma itu (naik taraf) di bawah kerajaan Pusat kerana melibatkan jalan Persekutuan,” katanya ketika ditemui pemberita pada Sambutan Penerbangan Pertama Pesawat Batik Air ke Melaka di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), Batu Berendam sini, semalam.

Mengulas lanjut, Rahmad berkata, Melaka sudah bersedia menghadapi banjir sejak dari awal tahun ini menerusi pelbagai program dan projek mitigasi.

Menurutnya, Jawatankuasa Pengurusan Banjir negeri yang dipengerusikan beliau dan pelbagai agensi lain telah 90 peratus selesai mengenal pasti lokasi kerap berlaku bencana itu.

“Sistem amaran awal banjir yang memberi peringatan paras air juga telah 70 peratus siap dan hanya menunggu untuk melaksanakan ujian percubaan.

“Selain itu, kerja mendalam dan melebarkan sungai di bawah Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) juga giat dilakukan di lokasi seperti Sungai Duyong dan usaha ini didapati berkesan apabila air berjaya dialirkan dengan sempurna ketika hujan lebat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI