fbpx

Lelaki berang ‘ditolak’ jadi penumpang oleh 23 pemandu teksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki di Bangkok gagal menaiki 23 teksi yang enggang membawa penumpang tempatan. - TikTok

BANGKOK – Seorang lelaki melepaskan kemarahan terhadap sistem pengangkutan teksi di Bangkok, Thailand apabila 23 buah teksi enggan berhenti untuk mengambilnya sebagai penumpang, lapor laman berita Thaiger kelmarin.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman TikTok, lelaki itu mendakwa bahawa pemandu teksi di kawasan Asoke bersikap berat sebelah kerana hanya menerima pelancong asing dan enggan mengambilnya kerana lokasi yang dituju dekat, hanya mengambil masa kurang 15 minit pemanduan.

Pemilik akaun @iceprapadang itu berkata,  dia cuba menahan 23 buah teksi semasa menunggu di hadapan kompleks beli belah di kawasan tersebut.

“Hari ini saya memecahkan rekod apabila menahan 23 buah teksi yang enggan berhenti untuk penumpang tempatan.

“Sistem teksi sangat teruk,” tulisnya pada video berkenaan.

Lelaki itu berkata,  pemandu teksi memberi pelbagai alasan termasuk tidak melalui laluan yang dituju, ada yang memarahinya kerana jarak terlalu dekat dan ada yang langsung tidak berhenti walaupun tanda kosong penumpang dinyalakan.

Dia akhirnya berjaya menemui teksi yang mahu membawanya ke lokasi yang dituju selepas percubaan ke-24.

“Saya memahami mengapa orang ramai  lebih memilih menggunakan perkhidmatan Grab. 

“Pemandu teksi yang baik masih ada,  namun ia sangat sukar ditemui,” ujarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI