fbpx

Klinik desa Parit Baharu musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memadamkan kebakaran melibatkan klinik desa tersebut.

SABAK BERNAM – Sebuah klinik desa musnah dalam kebakaran di Jalan Masjid Kampung Parit Baharu di sini, awal pagi tadi.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan susulan kejadian tersebut.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, seramai 29 anggota termasuk pegawai bersama jentera dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 3.49 pagi.

Katanya, kesemua anggota itu melibatkan empa buah balai bomba dan penyelamat (BBP) dari Sabak Bernam, Sekinchan dan Sungai Besar selain dibantu BBP Hutan Melintang, Perak.

“Kebakaran melibatkan bangunan setingkat klinik tersebut dengan anggaran kemusnahan 70 peratus.

“Pasukan bomba mengambil masa hampir 43 minit bagi memadamkan kebakaran tersebut,” jelasnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menegaskan, punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI