fbpx

Jerat scammer, remaja diugut sebar video bogel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

BATU PAHAT – Seorang wanita terjerat dengan permintaan untuk membuat pemeriksaan kesihatan dan fizikal sebelum video yang dimuat naik digunakan untuk mengugutnya semula.

Itu adalah sebahagian modus operandi licik scammer untuk mendapatkan wang mudah daripada mangsa yang termakan dengan dakyah penipuan mereka.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, pada 11 September pihaknya menerima satu laporan daripada seorang wanita berusia 19 tahun yang menyatakan dirinya diperas ugut oleh seorang lelaki.

Katanya, melalui laporan itu, lelaki berkenaan meminta agar wanita itu memasukkan wang bernilai RM1,000 dalam satu akaun bank jika tidak mahu gambar bogelnya disebarkan.

“Hasil siasatan awal, pengadu pada 9 September telah berkenalan dengan seorang lelaki melalui aplikasi telegram sebelum menawarkan biasiswa untuknya melanjutkan pelajaran.

“Pengadu yang bekerja sebagai pembantu kedai perlu menghantar beberapa dokumen dan juga perlu membuat pemeriksaan kesihatan dan fizikal secara ‘online’ (dalam talian),” katanya ketika dihubungi di sini hari.

Menurut Ismail, pengadu juga dikehendaki memuatnaik gambar secara berpakaian dan dalam keadaan berbogel serta memasukan wang berjumlah RM600 ke dalam satu akaun sebagai wang proses.

“Pengadu yang tidak menyedari dirinya terjebak dengan penipuan tawaran biasiswa itu tanpa berfikir panjang terus mematuhi semua arahan tersebut.

“Susulan daripada laporan berkenaan, kira-kira pukul 2 petang kelmarin pihak Bahagian Siasatan Jenayah IPD Batu Pahat telah berjaya menangkap seorang lelaki warga tempatan berusia 30 tahun di sekitar Johor untuk siasatan lanjut,” katanya.

Ujarnya lagi, suspek kini ditahan reman selama empat hari sehingga 16 September ini dan Kes disiasat dibawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI