PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan seluruh Perlis mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang pagi ini.
Bagi Kedah cuaca buruk dijangka berlaku di Langkawi, Yan dan Kuala Muda, manakala Johor di Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
*Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata MetMalaysia hari ini. – KOSMO! ONLINE