fbpx

3,461 barangan tiruan dijual melalui Tik Tok dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saharuddin (kanan) memeriksa pakaian dan beg tangan yang disyaki tiruan pada sidang akhbar di Chendering, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu merampas 3,461 pakaian dan beg tangan disyaki tiruan dalam tiga serbuan berasingan secara serentak di negeri ini semalam.

Serbuan di dua premis di daerah Hulu Terengganu dan satu di bandar raya ini tersebut berjaya merampas barangan tiruan dianggarkan bernilai RM68,040.

Pengarah KPDNHEP Terengganu, Saharuddin Mohd. Kia berkata, seorang lelaki dan seorang perempuan tempatan berusia lingkungan 30-an turut berjaya ditahan bagi membantu siasatan.

“Operasi dijalankan susulan aduan pemilik cap dagang berdaftar yang mengesyaki barangan berkenaan yang diniagakan melalui platform, Tik Tok merupakan tiruan.

“Serbuan dilakukan oleh enam pegawai penguatkuasa KPDNHEP dengan disertai wakil pemilik cap dagang tersebut,” katanya pada sidang akhbar di Stor Penyimpanan KPDNHEP Terengganu di Chendering di sini hari ini.

Saharuddin berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 102(1)(c) Akta Cap Dagangan 2019. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI