fbpx

Surat rahsia Ratu Elizabeth II hanya boleh dibaca 63 tahun lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Surat tersebut mempunyai tandatangan bertulis ‘Elizabeth R’, - News.com

SYDNEY – Sepucuk surat rahsia tulisan tangan Ratu Elizabeth II untuk penduduk Australia kekal tersimpan di dalam peti besi, di mana baginda memerintahkan agar ia tidak dibuka untuk tempoh 63 tahun lagi, lapor laman berita Wion News semalam.

Surat tersebut ditulis pada November 1986 selepas Bangunan Ratu Victoria di Sydney dibaik pulih, dan sejak itu, ia disimpan di dalam bekas kaca di sebuah bilik berkunci di kubah istana.

Bagaimanapun, tiada sesiapa mengetahui isi kandungan surat tersebut termasuk kakitangan peribadi baginda.

Ini bermakna, isi kandungannya hanya akan diketahui pada tahun 2085.

“Pada suatu hari yang sesuai yang dipilih oleh anda pada tahun 2085, bolehkah anda membuka sampul ini dan menyampaikan mesej saya (isi kandungan surat) kepada penduduk Sydney,” demikian menurut arahan ditujukan kepada Datuk Bandar Sydney.

Surat itu ditandatangani dengan perkataan: “Elizabeth R”.

Bangunan Ratu Victoria dibina  pada tahun 1898 dan dinamakan sempena Jubli Berlian Ratu Victoria yang disambut pada tahun sebelumnya untuk memperingati monarki berkenaan  bertakhta selama 60 tahun.

Ratu Victoria merupakan muit kepada Ratu Elizabeth II. 

Ratu Elizabeth II mula melawat Australia pada 1954, dua tahun selepas baginda menaiki takhta. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI