fbpx

Luahan Pembaca: Laluan Gua Musang-Kota Bharu bahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Laluan Gua Musang-Kota Bharu menjadi tumpuan warga kota untuk pulang ke kampung di Kota Bharu.

Saudara pengarang,

Peluang cuti persekolahan baru-baru ini telah memberi ke­sempatan untuk kami sekeluarga pulang ke kampung halaman di Kota Bharu, Kelantan.

Ternyata perjalanan yang sebelum ini memakan masa sehingga lapan jam telah disingkatkan kepada enam jam selepas sebahagian Lebuh Raya Central Spine Road (CSR) sudah boleh digunakan.

Namun sebahagian lebuh raya tersebut hanya di bahagian ne­geri Pahang bermula dari Bentong sehinggalah beberapa kilometer bahagian Gua Musang.

Menjengah Gua Musang, ter­nyata jalan raya kecil yang menjadi laluan utama ke Kelantan yang digunakan saban tahun oleh perantau masih menghadapi kekurangan.

Ada lagi sebahagian jalan raya yang tidak mempunyai garisan atau garisannya yang langsung tidak kelihatan.

Bagi saya itu amat membaha­yakan pemanduan terutamanya ketika malam dan hujan lebat yang boleh mengancam nyawa pengguna.

Bila agaknya lebuh raya CSR di bahagian negeri Kelantan akan disiapkan? Penggunaan jalan utama Gua Musang-Kota Bharu sememangnya menjadi tumpuan penduduk negeri ini.

Saya berharap pihak berwajib serta kerajaan negeri Kelantan cakna dengan keadaan ini dan jangan memberi alasan dengan menyatakan laluan tersebut hanya digunakan setahun sekali pada musim perayaan.

Diminta agar pihak terlibat yang bercakap sedemikian cuba melalui jalan utama tersebut dan rasakan sendiri kekurangan yang ada.

Perantau tertekan
Kerinchi, Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI