SELEPAS acap kali timbul dakwaan dan khabar angin tentang penglibatannya dalam naskhah Hollywood, nampaknya harapan peminat Lee Jung-jae akhirnya menjadi nyata.
Jung-jae kini sah menembusi pasaran Hollywood apabila dilaporkan akan membintangi sebuah siri Star Wars berjudul The Acolyte.
Pelakon siri Squid Game itu memegang watak utama dalam siri tersebut yang akan diterbitkan menerusi platform penstriman Disney+.
Berlakon di samping Jung-jae adalah aktres Amandla Stenberg selaku pelakon wanita utama serta Jodie Turner-Smith.
Siri berkenaan menyaksikan Leslye Headland berperanan selaku pengarah, penulis skrip dan penerbit eksekutif.
The Acolyte akan membawa kisah lebih jauh tentang masa lalu kerana mengambil latar satu abad sebelum Star Wars: Episode 1 – The Phantom Menace.
Naskhah berkenaan juga menggambarkan galaksi pada puncak era High Republic ketika Jedi berada di posisi terkuat.