fbpx

Lebih 1,600 sekolah berdepan isu status, pemilikan tanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Radzi melihat pelan projek pembinaan baharu dewan terbuka berbumbung sekolah selepas Majlis Transformasi Pendidikan Infrastruktur Pendidikan Selamat dan Kondusif di Sekolah Sultan Alam Shah Presint 1, Putrajaya di sini, hari ini. GAMBAR : FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) kini dalam proses menyelesaikan isu status dan pemilikan tanah membabitkan 1,600 buah sekolah di seluruh negara.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin. berkata, proses pemutihan tanah itu perlu dilakukan segera bagi memastikan tiada isu berbangkit pada masa depan.

Beliau berkata, berdasarkan penelitian terhadap 10,000 buah sekolah di seluruh negara, lebih 2,000 sekolah berdepan isu status dan pemilikan tanah namun, setakat ini 30 peratus atau 600 sekolah sudah berjaya diselesaikan.

“KPM kini sedang berbincang dengan kerajaan negeri bagi menyelesaikan isu ini dan kita akan cuba selesaikan secepat mungkin serta meneliti satu persatu isu yang timbul.

“Saya difahamkan, bayaran tanah sekolah sudah dibuat pada 1980an namun geran tanah belum diperolehi malah status tanah juga belum ditukar.

“Ada juga kes dimana, waris mempersoalkan status tanah sekolah yang diwakafkan datuk dan moyang mereka disebabkan tiada dokumentasi yang jelas,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Program Bersama Semarakkan Transformasi Pendidikan Sektor Perancangan dan Pembangunan di Sekolah Sultan Alam Shah, hari ini.

Katanya, setiap sekolah berkenaan berdepan isu dan status pemiikan berlainan serta bergantung kepada undang-undang tanah kerajaan negeri masing-masing.

Radzi berkata, isu berkenaan nampak biasa namun, selagi status dan pemilikan tanah belum selesai maka, sebarang pembangunan sekolah termasuk tambahan bangunan sekolah tidak dapat dilakukan.

Radzi berkata, kementerian akan memberi sepenuh tumpuan terhadap isu ini memandangkan ia sudah berlarutan sejak berpuluh tahun lalu dan terlepas pandang selama ini.

“Kita akan letakkan balik dan susun semula soal isu tanah dan pemilikan ini supaya tiada gangguan dari aspek pembangunan sekolah pada masa depan.

“Ia satu cabaran terbesar buat KPM apabila terdapat keperluan untuk bina bangunan tambahan tapi tanah itu belum jadi milik kerajaan kerana statusnya tidak jelas,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI