fbpx

KJ bertanding PRU-15 di Kedah?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin.

LANGKAWI – Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berseloroh mengatakan akan bertanding di Kedah bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti.

“Hari ini saya berada di sini untuk berbincang dan berunding dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Mak saya daripada Kedah.

“Ada mesejlah saya datang hari ini, macam-macam saya bawa hari ini,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pecah Tanah Projek Bangunan Tambahan Hospital Sultanah Maliha (HSM) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau akan menerima pelawaan untuk bertanding kerusi Parlimen bagi UMNO di negeri lain.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor kemudian secara berseloroh menyambut kenyataan Khairy itu dengan mengalu-alukannya untuk bertanding di negeri ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan bahawa Khairy yang juga Menteri Kesihatan mengunci mulut dan enggan mengulas mengenai cadangan untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Seremban pada PRU-15 nanti.

Laporan itu adalah selepas beliau mengumumkan akan memberi laluan kepada Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan bagi kerusi Parlimen Rembau.

Khairy memaklumkan akan mengikut keputusan parti tetapi menyatakan perkara itu akan menyebabkan beliau tidak mempunyai tempat yang jelas untuk bertanding pada PRU-15.

Susulan itu, terdapat cadangan daripada Pemuda UMNO Seremban agar Khairy, menjadikan Seremban sebagai pengganti kepada Rembau. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI