fbpx

Kerajaan akan bincang cadangan moratorium khas PMKS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sedia pertimbang cadangan pemberian moratorium khas untuk sektor Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS).

Katanya bagi tujuan tersebut, perbincangan perlu diadakan terlebih dahulu bersama pihak berkaitan.

“Kita bincang. Saya tidak boleh jawab macam itu sahaja. Kita akan bincang dengan Kementerian Kewangan dan Kementerian Keusahawanan dan Koperasi,” katanya di sini, sebentar tadi.

Ismail Sabri berkata demikian ketika ditanya mengenai cadangan Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang mengusulkan cadangan tersebut berikutan sektor itu masih belum pulih sepenuhnya akibat pandemik Covid-19, semalam.

Keadaan itu menurut Muhyiddin, menjadi bertambah sukar berikutan peningkatan Kadar Dasar Semalaman (OPR). – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI