TAPAH – Juruterbang helikopter Eurocopter EC120B yang dilaporkan hilang dari radar selepas berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang semalam disahkan maut oleh pihak berkuasa.
Mangsa dikenali sebagai Kapten Tsz Kin Richard Chan, 58, merupakan warga negara Hong Kong ditemui pasukan penyelamat sekitar pukul 9.30 pagi tadi.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memaklumkan mangsa disyaki meninggal dunia di lokasi nahas di Hutan Simpan Chikus. – KOSMO! ONLINE