fbpx

Jualan naik 5 kali ganda ketika Shopee 9.9

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelbagai promosi yang ditawarkan di Shopee 9.9 lalu menghasilkan peningkatan jualan signifikan buat penjual.

PETALING JAYA – Shopee menyempurnakan permulaan musim jualan akhir tahun dengan jayanya pada 9.9 Hari Pembelian Hebat baru-baru ini, dengan peniaga tempatan yang mengambil bahagian dalam jualan tersebut buat kali pertama mencapai purata  peningkatan jualan lebih lima kali ganda pada 9 September lalu berbanding hari biasa.

Menurut Shopee, segmen Kesihatan dan Kecantikan, Kelengkapan Rumah dan Kehidupan serta Barangan Mudah Alih dan Aksesori muncul sebagai kategori paling popular semasa hari kemuncak festival membeli-belah tersebut.

Menariknya, walaupun dengan pengumuman pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan dalam bangunan kecuali dalam situasi tertentu, pelitup muka masih merupakan salah satu produk yang paling banyak dibeli.

Penstriman langsung turut memberikan pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan dan bersifat interaktif kepada.

Dalam tempoh kempen dari 26 Ogos hingga 9 September, rakyat Malaysia menghabiskan lebih 2 juta jam untuk menonton strim di Shopee Live.

Ketua Kempen Pemasaran di Shopee Malaysia, Kenneth Soh berkata, pihaknya amat berbesar hati kerana dapat memainkan peranan dalam membantu penjual tempatan di Shopee mencapai tahap peningkatan jualan yang signifikan semasa 9.9 Hari Pembelian Hebat.

“Kami dapat menyaksikan bahawa alat pemasaran dan ciri penglibatan penjual kami terus memperkasakan perusahaan mikro, kecil dan sederhana untuk menerokai peluang pertumbuhan dalam ekonomi digital.

“Shopee teruja untuk terus meningkatkan jualan mereka semasa tempoh akhir tahun, sambil membolehkan rakyat Malaysia menikmati penjimatan terbaik di platform kami,” katanya dalam satu kenyataan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI