fbpx

Jokowi arah sistem imigresen Indonesia diubah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOKOWI mengarahkan jemaah menteri untuk merombak sepenuhnya sistem imigresen Indonesia yang lama. - Sekretariat Presiden

JAKARTA – Presiden Joko Widodo (Jokowi) mengarahkan jemaah menteri mengubah sepenuhnya sistem imigresen Indonesia yang dianggap ketinggalan zaman serta menghalang kemasukan pelabur dan pelancong asing, lapor stesen penyiaran CNN Indonesia kelmarin.

Kenyataan itu disampaikan Jokowi ketika mempengerusikan mesyuarat berkaitan visa semasa ketibaan (VoA) dan Kad Permit Tinggal Terhad (Kitas) di Istana Merdeka, Jakarta.

“Saya berharap selepas pertemuan ini akan ada perubahan menyeluruh dalam sistem imigresen kita. Pada ketika ini, ia tidak berubah sama sekali,” katanya.

Menurut Jokowi, ramai pelabur dan pelancong mengadu kepada beliau bahawa mereka sukar mendapatkan permit untuk tinggal di Indonesia. Sistem imigresen semasa dikatakan sangat ‘mengatur’ dan ‘mengawal’.

Justeru, beliau berharap agar ia diubah dalam apa cara sekalipun. Jika perlu, semua pangkat seperti Ketua Pengarah sehingga orang bawahannya perlu digantikan dengan yang baharu.

Jokowi menegaskan bahawa kedatangan pelabur dan pelancong asing ke negara itu memberi sumbangan besar kepada ekonomi, justeru ia perlu mengikuti kaedah negara maju yang sangat cepat dan mudah dalam menyediakan perkhidmatan visa. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI