SELEPAS 10 tahun meninggalkan kerjaya lakonan, aktres Eva Mendes mengakui belum mempunyai keinginan untuk kembali semula ke dunia hiburan dan beraksi di hadapan kamera.
Bahkan isteri kepada pelakon Ryan Gosling itu juga langsung tidak merindui industri perfileman yang mempopularkan namanya sebagai seorang bintang Hollywood.
Kata Mendes, dia kini hidup bahagia sebagai suri rumah tangga dan menguruskan suami serta anak-anak.
“Kehidupan sebagai suri rumah memang memenatkan. Tapi bagi saya pekerjaan itu lebih seronok berbanding menjadi pelakon,” katanya.
Pelakon berusia 48 tahun itu juga terpaksa melupakan hasratnya untuk menjadi seorang produser selepas ‘jatuh cinta’ terhadap ‘kerjaya’ menguruskan keluarga.
“Saya pernah menyimpan hasrat untuk menjadi seorang penerbit apabila tidak lagi berlakon. Tapi nampaknya cita-cita saya itu telah pun terkubur,” katanya.