fbpx

Anna Kendrick alami tekanan jiwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANNA KENDRICK

PELAKON jelita Anna Kendrick diketahui sedang menjalani penggambaran filem baharunya berjudul Alice, Darling arahan pengarah Mary Nighy.

Dalam filem tersebut, pelakon berusia 37 tahun itu memegang watak sebagai Alice, seorang gadis yang mengalami tekanan perasaan akibat didera secara mental oleh kekasihnya

Menerusi temu bual bersama People, Kendrick memberitahu kisah dalam filem tersebut sebenarnya mirip dengan situasi sebenar yang pernah dialaminya suatu ketika dahulu sewaktu bersama bekas teman lelakinya.

“Saya pernah mengalami tekanan perasaan sehingga perlu dirujuk dengan pakar psikologi akibat sebuah perhubungan toksik.

“Kisah dalam filem Alice, Darling sangat mirip dengan pengalaman yang pernah saya lalui,” katanya.

Ujar Kendrick, dia pernah berada di dalam situasi terlalu mencintai bekas teman lelakinya melebihi daripada menyayangi diri sendiri.

Bagaimanapun, pada masa sama jiwa dan perasaannya sering dihancurkan lelaki terbabit sehingga menyebabkan dia mengalami tekanan perasaan.

“Saya kemudiannya sedar bahawa hubungan sebegitu tidak boleh diteruskan. Saya nekad untuk mengakhirinya.

“Perkara itu merupakan pengalaman paling teruk yang pernah saya alami,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI