fbpx

AC Milan menang dengan 10 pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GIROUD (kiri) berjaya meledak gol kemenangan Milan dengan menyempurnakan sepakan penalti ketika menewaskan Sampdoria awal pagi semalam. – AFP

GENOA – Sepakan penalti yang disempurnakan oleh penye­rang, Olivier Giroud membantu AC Milan yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain untuk mencatat kemenangan 2-1 menewaskan Sampdoria pada aksi Serie A awal pagi semalam.

Kemenangan itu menyaksikan Milan berjaya melonjak ke kedudukan kedua, berkongsi 14 mata dengan pendahulu, Napoli yang turut mencatat kemena­ngan 1-0 mengatasi Spezia pada aksi kelmarin.

Kejayaan itu merupakan kemenangan pertama Milan di tempat lawan selepas mereka mencatat keputusan seri ketika menentang Atalanta dan Sassuo­lo sebelum ini.

Skuad kendalian Stefano Pioli itu membuka tirai jaringan menerusi Junior Messias seawal minit keenam selepas memanfaatkan hantaran menarik Rafael Leao.

Babak kedua menyaksikan malang menimpa Milan apabila mereka terpaksa beraksi de­ngan 10 pemain apabila Leao dilayangkan kad merah selepas dua minit aksi bermula, sekali gus menyaksikan Sampdoria memanfaatkan kelebihan tersebut apabila meledak gol penya­maan menerusi Filip Djuricic.

Kira-kira 10 minit selepas jaringan penyamaan itu, Milan berjaya mendapatkan sepakan penalti yang disudahkan oleh Giroud pada minit ke-67 selepas bola terkena tangan pemain Sampdoria, Gonzalo Villar.

Pemain tengah Milan, Sandro Tonali mengakui bahawa ia adalah perlawanan yang sukar, selain Sampdoria mempamerkan aksi fizikal dengan beberapa kekasaran menyebabkan lima pemain mereka dilayangkan kad kuning.

“Kami bernasib baik kerana masih mampu untuk menang. Jika kami berjaya memenangi aksi seperti ini, saya fikir kami mampu pergi lebih jauh. Kami bukanlah pasukan terkuat, tetapi kami masih mempunyai kekuatan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI