fbpx

62 lokaliti Klang berisiko banjir, taburan hujan sehingga 400 milimeter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahman (kanan) sedang membuat tinjauan di jeti nelayan Kampung Tok Muda, Klang, hari ini.

KLANG – Sebanyak 62 lokaliti sekitar daerah ini dikenal pasti berisiko banjir akibat fenomena air pasang ditambah dengan taburan hujan dalam tempoh sama di antara 100 hingga 400 milimeter (mm) mulai pertengahan September ini susulan peralihan monsun hasil jangkaan Jabatan Meterologi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Klang, Shahman Jalaludin berkata, antara kawasan dikenalpasti adalah Telok Gong, Pulau Indah dan sekitar Sungai Serdang.

Katanya, lokaliti itu sahaja dianggarkan mempunyai jumlah penduduk lebih 10,000 orang.

“Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Klang, Majlis Perbandaran Klang (MPK), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Klang dan beberapa agensi lain telah membuat persiapan bagi menghadapi banjir ini.

“Mengambil iktibar kejadian bah besar di daerah ini tahun lalu, kita juga telah menubuhkan pasukan Tindak Balas Kecemasan Komuniti (CERT) sebagai pasukan respon awal untuk melakukan kerja-kerja menyelamat sekiranya banjir berlaku,” katanya semasa melakukan tinjauan di jeti nelayan Kampung Tok Muda, di sini, hari ini.

Jelas beliau, Pusat Hidrografi Nasional, Klang turut menjangkakan paras air laut boleh mencecah 5.5 meter (m) dari bulan ini hingga Disember.

Tambahnya, fenomena tersebut boleh menyebabkan air laut melimpah masuk ke sekitar kawasan penempatan dan membawa kepada risiko bencana banjir di kawasan penempatan penduduk.

“Pada pagi ini, ketinggian air laut adalah 5.46m namun tiada berlaku ban pecah.

“Apapun, orang ramai tidak perlu bimbang mengenai fenomena ini namun saya meminta mereka mematuhi arahan sekiranya diminta berpindah,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI