fbpx

Tite ada sebab gugur trio sensasi Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JESUS tidak berada dalam senarai Brazil berdepan Ghana dan Tunisia, tetapi masih berada dalam radar Tite. – AFP

LONDON – Biarpun beraksi cemerlang bersama Arsenal, namun ia masih belum cukup untuk membolehkan Gabriel Jesus, Gabriel Martinelli dan Gabriel Magalhaes tersenarai dalam skuad antarabangsa Brazil.

Ketua Jurulatih Brazil, Tite meminggirkan trio sensasi The Gunners itu untuk dua aksi persahabatan antarabangsa menentang Ghana dan Tunisia bulan ini sebagai persediaan ke Piala Dunia Qatar 2022.

Ia sememangnya satu kejutan kerana ketiga-tiga pemain itu memainkan watak penting buat Arsenal yang kini meng­ungguli carta Liga Perdana Inggeris (EPL dengan lima kemenangan daripada enam perlawanan.

Begitupun, Tite menjelaskan, beliau mahu menilai pemain-pemain lain sebelum menghadapi kempen Kumpulan A Piala Dunia menentang Serbia, Switzerland dan Ca­meroon bermula 24 November depan.

“Gabriel Jesus contohnya sedang menikmati musim yang menyeronokkan dan sudah tentu dia ada dalam peranca­ngan saya (Piala Dunia 2022).

“Panggilan antarabangsa ini sebenarnya lebih kepada memberi peluang kepada pemain-pemain lain. Jumlah penyerang yang ramai tiada masalah kerana mereka boleh menjaringkan gol,” katanya.

Penyerang Flamengo, Pedro yang juga penjaring terbanyak Copa Libertadores dengan 12 gol berada dalam senarai skuad Brazil bersama dua muka ba­haru, Gleison Bremer (Juventus) dan Roger Ibanez (AS Roma).

Secara keseluruhan, Tite menyenaraikan tiga penjaga gol, lapan pertahanan, enam pemain tengah dan sembilan penyerang untuk aksi menentang Ghana 24 September ini dan Tunisia dua hari kemudian.

Sembilan penyerang tersenarai itu ialah Pedro, Antony, Neymar, Richarlison, Ro­berto Firmino, Matheus Cunha, Raphinha, Rodrygo Goes dan Vinicius Junior. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI