fbpx

Tepis isu tumpang populariti, Nafiez ikhlas cintakan Fify

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAFIEZ ZAIDI dan Fify Azmi mengakui jatuh cinta di lokasi penggambaran.

PETALING JAYA – Aktor yang sedang meningkat naik, Nafiez Zaidi menepis dakwaan ramai kononnya menumpang populariti kekasih hatinya, Fify Azmi juga seorang pelakon.

Menurut pemilik nama penuh Abdul Nafis Abduzaidi, 30, hubungan yang terjalin bersama Fify atas dasar cinta dan bukannya untuk mengambil kesempatan lain.

“Sejujurnya saya tak pernah terlintas langsung nak tumpang populariti dia.

“Hubungan yang terjalin antara kami ini adalah atas dasar cinta dan bukannya sebab nak tumpang nama atau populariti dia,” katanya kepada Kosmo! Online selepas tayangan perdana filem Ada Hantu 2 baru-baru ini.

Tambahn bintang filem Malbatt Bakara itu, tuduhan sebegitu sering disampaikan kepadanya namun enggan mengambil pusing kerana tidak benar.

“Ya, memang ada juga terdengar perkara ini tetapi saya tak ambil pusing pun.

“Jadi, memang tiada isu tumpang populariti sesiapa pun. Saya ikhlas jalinkan hubungan ini dengan dia.

“Jika sudah namanya jodoh, memang tak boleh nak elak pun,” ujarnya yang kali pertama bertemu Fify di lokasi penggambaran filem Ada Hantu 2.

Ditanya tentang tarikh perkahwinan, dia hanya memberitahu mereka masih belum menetapkan sebarang keputusan untuk perkara tersebut.

“Setakat ini kami tiada tarikh lagi, doa-doakanlah tahun depan,” jawabnya ringkas.

Pada Jun lalu, Fify atau nama sebenarnya Nur Afiqah Mohamed Azmi, 32, menerima rombongan merisik keluarga Nafiez di Subang Jaya.

Sebelum itu, hubungan cinta pasangan berkenaan mula dihidu apabila mereka sering hadir berpasangan ke beberapa acara hiburan dan berkongsi foto berdua dalam Instagram sejak tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI