fbpx

Tahanan kes dadah ditemui mati mengejut dalam lokap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang tahanan lelaki yang tidak sedarkan diri dipercayai mati mengejut setelah tiga bulan berada di dalam sel Lokap Berpusat Shah Alam, Selangor, pagi tadi.

Ketua Komunikasi Korporat, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Komisioner Skandaguru Anandan berkata, pada 29 Julai lalu, tahanan tersebut ditangkap dibawah Seksyen 6(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985.

“Suspek ditempatkan di Lokap Berpusat Shah Alam sementara siasatan dijalankan.

“Sekitar pukul 4.59 pagi tadi, suspek dijumpai dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri. Pihak hospital telah dihubungi untuk dapatkan rawatan awal,” katanya dalam kenyataan baru-baru ini.

Menurutnya, sekitar pukul 5.20 pagi, pegawai perubatan telah mengesahkan kematian tahanan tersebut di Hospital Shah Alam, Selangor.

“Suspek dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor pada hari yang sama bagi tujuan bedah siasat untuk mengetahui punca kematian,” ujarnya.

Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan unit siasatan jenayah dan polis akan menjalankan siasatan berkaitan kes tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI