fbpx

Raja Charles III berjanji teruskan legasi bondanya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Charles membuat ucapan pertama sebagai Raja Britain di Bilik Lukisan Biru Istana Buckingham, di mana Ratu kadangkala merakam siaran ucapan Krismasnya. - PA

LONDON – Raja Charles III memberi penghormatan tertinggi kepada bondanya, mendiang  Ratu Elizabeth II semasa ucap tama baginda selaku ketua negara yang baharu, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Menerusi ucapan yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen petang kelmarin, Raja  Charles III berikrar akan meneruskan legasi Ratu Elizabeth II dengan memberikan khidmat sepanjang hayat kepada seluruh rakyat United Kingdom.

Sepanjang ucapan  selama sembilan minit itu, Raja Charles III sesekali dilihat menahan sebak apabila bercakap mengenai bondanya dan juga isteri baginda, Camilla Parker yang kini bergelar Queen Consort.

“Ke hadapan bonda yang tercinta, terima kasih dan terima kasih beta ucapkan kerana menjadi inspirasi serta contoh dalam keluarga kita selama ini. Beta berjanji akan meneruskan janji  bonda untuk berkhidmat sepanjang hayat beta kepada rakyat jelata.

“Buat Camilla yang tersayang, beta berbangga dengan khidmat dan kesetiaan anda sejak perkahwinan kita 17 tahun lalu. Beta yakin anda akan menjalankan tanggung jawab dengan  lebih baik sebagai Queen Consort di samping beta,” kata Charles dalam ucapan tersebut.

Dalam masa sama, baginda turut mengumumkan perubahan gelaran buat pewaris takhta Britain iaitu  anak sulungnya, Putera William. Beliau kini memakai gelaran Prince of Wales dan isterinya, Catherine atau Kate Middleton sebagai Princess of Wales. 

Gelaran tersebut adalah gelaran rasmi Charles semasa mendiang Ratu Elizabeth II masih memerintah.

Kali terakhir gelaran Princess of Wales digunakan adalah semasa ibu kandung William, Puteri Diana masih hidup dan sebelum baginda meninggal dunia pada 1997.

Camilla memilih untuk tidak menggunakan gelaran Princess of Wales kerana ia lebih sinonim dengan mendiang Puteri Diana dan bagi mengelakkan timbul rasa kurang senang rakyat terhadapnya.

Sementara itu, Charles juga mengirimkan kasih sayang kepada anak bongsunya, Putera Harry atau Duke of Sussex bersama isteri, Meghan Markle (Duchess of Sussex) yang telah melepaskan semua hak diraja dan menetap di Amerika Syarikat (AS).

Turut berlangsung malam kelmarin adalah upacara memperingati Ratu Elizabeth II di Gereja St. Paul yang dihadiri 2,000 tetamu termasuk rakyat jelata selepas mereka mendapatkan tiket kemasukan yang diedarkan menerusi kaedah ‘siapa dahulu didahulukan’. 

Majlis pengebumian baginda Ratu Elizabeth II bakal berlangsung dalam tempoh 10 hari akan datang dengan susun atur majlis bermula semalam sehingga 19 September ini. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI