fbpx

Nadra elak ayat manis suami orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NADRA menyimpan impian untuk membuka sebuah klinik kesihatan mental suatu hari nanti.

Minat untuk mendalami me­ngenai kelakuan manusia mendorong gadis Pesona Ahad ming­gu­ ini, Nadra Zainal melanjutkan pengajian dalam jurusan bimbi­ngan dan kaunseling.

Gadis berusia 23 tahun ini mahu menggunakan sepenuhnya ilmu yang diperoleh untuk membantu individu yang memerlukan, lebih-lebih lagi mereka yang mengalami tekanan atau kecelaruan minda.

Selain itu, kerjaya ibunya, Zahriah Ahmad Sabki, 58, sebagai pakar motivasi turut memberi inspirasi kepada anak kelahiran Kuala Kangsar, Perak ini dalam mengejar cita-cita dan impiannya membuka klinik berkaitan kesihatan mental.

Kepada wartawan Kosmo! Ahad, gadis ini berkongsi termasuk pengalaman menyaksikan penjenayah mati ditembak di depan mata sewaktu berusia 19 tahun sekali gus memberi kesan trauma kepada dirinya.

Kosmo! Ahad: Mengapa Nadra pilih bidang kaunseling?
Nadra: Saya mempunyai minat mendalam untuk mempelajari tentang kelakuan manusia. Selain itu, saya mahu bantu orang ramai yang tertekan mengharungi cabaran dunia sekarang.

Apa cabaran menjadi pelajar kaunseling?
Tidak mempunyai penga­laman yang cukup untuk me­nguruskan klien yang mempu­nyai masalah berat terutamanya masalah kesihatan mental. Selain itu, cabaran lain untuk menangani klein yang datang lambat atau tidak hadir kaunseling. Ada juga klien yang memandang rendah keupayaan saya.

MINAT belajar dalam bidang kaunseling turut didorong oleh ibunya seorang pakar motivasi.

Kenangan yang sukar dilupakan?
Kejadian tembakan pada tahun 2018 yang berlaku berdekatan sebuah pasar raya di Kuchai Lama, Kuala Lumpur. Ketika itu, saya berusia 19 tahun. Perompak tersebut mati ditembak pasukan keselamatan di depan mata, sudah tentu ia sangat ngeri dan menakutkan.

Kesan sejak insiden jenayah tersebut?
Tidak dinafikan pada awalnya saya berasa trauma, namun ia beransur-ansur hilang. Cuma jika terdengar bunyi bising atau kuat secara tiba-tiba, saya terbayangkan bunyi tembakan tersebut (pada 2018). Selepas kejadian berdarah itu, saya tidak lagi menjejakkan kaki ke pasar raya tersebut sehingga hari ini.

Pengalaman manis dalam hidup?
Menerima hadiah berbeza pada setiap tahun ketika sambutan ulang tahun kelahiran saya.

Ciri-ciri lelaki idaman Nadra?
Saya tidak meletakkan sebarang ciri-ciri yang spe­sifik untuk dijadikan pasa­ngan. Yang penting, lelaki itu bukanlah suami orang dan boleh melayan saya yang kaki makan.

Siapakah Nadra dalam masa 10 tahun akan da­tang?
Insya-Allah mungkin akan bergelar Puan Nadra.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI