fbpx

Mayat lelaki disambar buaya ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa ditemui kira-kira 300 meter dari lokasi awal kejadian sebaik operasi dimulakan pukul 7.30 pagi. -FOTO/ IHSAN BOMBA

SANDAKAN – Mangsa lelaki yang dilaporkan hilang selepas disambar buaya di Sungai Seguntor dekat Taman Kenari, Batu 7 ditemui dalam keadaan tidak berbadan hari ini.

Mayat berkenaan difahamkan ditemui oleh pasukan bomba pukul 8 pagi tadi dalam keadaan tidak sempurna.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, mangsa ditemui dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dijalankan pasukan bomba yang memasuki hari ketiga.

“Mangsa ditemui dalam keadaan tidak sempurna kira-kira 300 meter dari lokasi awal kejadian sebaik operasi dimulakan pukul 7.30 pagi di kawasan simpang tiga.

“Pasukan penyelamat kemudian menyerahkan mayat mangsa kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, operasi mencari sebahagian lagi badan mangsa masih diteruskan dan sebarang maklumat terkini akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Terdahulu, mangsa dilaporkan hilang Jumaat lalu dipercayai dibaham buaya ketika cuba menyeberangi sungai menaiki rakit.

Lelaki berkenaan dikatakan menggunakan rakit buatan sendiri berukuran empat meter persegi sebelum tiba-tiba disambar buaya.

Menurut saksi kejadian, mangsa yang baru balik dari Masjid Taman Kenari cuba menyeberangi sungai berkenaan untuk balik ke rumah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI