fbpx

LTAPP muncul lapangan terbang pertama di Malaysia punyai rangkaian 5G

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zairil (tengah) ketika melancarkan rangkaian 5G di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), Bayan Lepas, di sini.

GEORGE TOWN – Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) menjadi lapangan terbang pertama di negara ini yang mempunyai rangkaian 5G selain dapat memberi nilai tambah dan nilai komersial kepada pengguna.

Pengerusi Infrastruktur dan Pengangkutan negeri, Zairil Khir Johari berkata, rangkaian teknologi 5G itu disediakan menerusi kerjasama Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersama pihak Digital Nasional Berhad (DNB) dan YTL Communications Sdn Bhd.

”Kemunculan teknologi 5G di negara kita secara amnya dan Pulau Pinang secara khususnya dilihat dapat memberi nilai tambah dan nilai komersial dalam memacu peningkatan ekonomi digital di negeri ini.

“Teknologi 5G membolehkan rakyat Pulau Pinang termasuk pengguna LTAPP menikmati pengalaman teknologi mudah alih yang terkini dengan kelajuan lebih tinggi dan rangkaian lebih terjamin,”  katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan rangkaian 5G di LTAPP, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zairil berkata, kemudahan 5G itu disediakan secara In Building System (IBS) dan dengan adanya rangkaian 5G, nilai komersial dan tarikan LTAPP akan bertambah dan dari segi liputan Internet.

”Diharapkan dengan pelancaran rangkaian 5G di Pulau Pinang dan pelancaran 5G di LTAPP, infrastruktur dan rangkaian 5G ini akan menarik lebih ramai pelabur untuk terus melabur dan merancakkan lagi ekonomi digital di Pulau Pinang,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, berdasarkan statistik liputan telekomunikasi daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada suku pertama tahun 2022, Pulau Pinang telah merekodkan kadar penembusan jalur lebar mudah alih bagi setiap 100 penduduk di negeri ini sebanyak 152.6 peratus iaitu melebihi kadar nasional 124.1 peratus.

”Bagi kadar penembusan jalur lebar tetap (berwayar) pula Pulau Pinang mencatatkan kadar penembusan sebanyak 51.2 peratus juga melebihi kadar penembusan jalur lebar nasional iaitu 41.9 peratus,” katanya.

Menurutnya,, melalui Pelan Pelaksanaan 5G di Pulau Pinang (Fasa 1) oleh pihak DNB, sebanyak 151 tapak telah dikenalpasti bagi memancarkan spektrum 5G di kawasan pulau pada 2022. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI