fbpx

Kos bina semula Ukraine RM1.6 trilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran selepas sebuah apartmen terkena serangan peluru berpandu di Kharkiv pada 6 September lalu. - AFP

KIEV – Pencerobohan Russia ke atas Ukraine menyebabkan kerosakan langsung lebih AS$97 bilion (RM436.3 bilion) setakat 1 Jun lalu, namun kos membina semula negara berkenaan dianggarkan mencecah AS$350 bilion (RM1.6 trilion), lapor akhbar Arab News kelmarin.

Berdasarkan laporan oleh Bank Dunia, kerajaan Ukraine dan Suruhanjaya Eropah kelmarin, Kiev mengalami kerugian sekitar AS$252 bilion (RM1.1 trilion) akibat gangguan ekonomi dan pengeluaran serta perbelanjaan tambahan yang dikaitkan dengan perang.

Perpindahan satu pertiga rakyat Ukraine dijangka meningkatkan kadar kemiskinan kepada 21 peratus daripada hanya dua peratus sebelum perang.

Secara keseluruhan, laporan itu menganggarkan kos untuk membina semula Ukraine mencecah kos AS$349 bilion (RM1.57 trilion) setakat 1 Jun lalu atau sekitar 1.6 kali ganda lebih besar daripada keluaran dalam negara kadar (KDNK) negara itu pada 2021 iatu AS$200 bilion (RM899.6 bilion).

Daripada jumlah itu, AS$105 bilion (RM472.3 bilion) diperlukan dalam jangka pendek untuk keutamaan segera seperti membina semula beribu-ribu sekolah yang rosak atau musnah dan lebih 500 hospital.

Peruntukan itu juga penting sebagai persiapan untuk menghadapi musim sejuk yang bakal menjelang dengan membaiki rumah, memulihkan alat pemanas dan membeli gas.

Semua angka itu adalah anggaran awal dan dijangka meningkat apabila perang berterusan, demikian menurut laporan sama.

“Impak pencerobohan akan dirasai oleh beberapa generasi akan datang dengan keluarga berpindah randah dan terpisah, gangguan kepada pembangunan manusia, kemusnahan warisan budaya intrinsik di samping pembalikan trajektori ekonomi dan kemiskinan,” katanya.

Pengarah serantau Bank Dunia untuk Eropah Timur, Arup Banerji berkata, laporan itu berdasarkan metodologi ‘sangat kukuh’ yang diterima di peringkat antarabangsa dan akan menjadi asas persidangan pemulihan negara-negara Kumpulan Tujuh (G7) yang dirancang di Berlin pada 25 Oktober ini.

Banerji menyifatkan anggaran awal bahawa Ukraine memerlukan dana AS$750 bilion (RM3.37 trilion) untuk membina semula ekonominya tetapi tidak jelas kaedah tepat yang digunakan untuk mencapai anggaran itu.

Laporan itu mendedahkan penilaian kerosakan komprehensif pertama mengenai kesan perang ke atas Ukraine dan meletakkan asas untuk membiayai pelan pemulihannya, kata Perdana Menteri Ukraine, Denys Shmygal dalam satu kenyataan menerusi aplikasi Telegram. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI