fbpx

Jodoh kami masih kuat – Noor Nabila

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOOR NABILA berkata tindakannya memadam gambar Engku Emran dalam Instagram hanya kerana merajuk.

PETALING JAYA – “Saya padam gambar dengan suami dalam Instagram sebab merajuk, biasalah perempuan kan. Alhamdulillah jodoh kami masih kuat sampai sekarang.”

Itu penjelasan kakak kepada selebriti popular Neelofa yang juga usahawan terkenal, Noor Nabila susulan tindakannya memadam semua gambar bersama suami, Engku Emran dalam Instagram hingga mencetuskan tanda tanya ramai.

Kata Noor Nabila, pasang surut dalam rumah tangga itu adat dan normal untuk dilalui semua yang bergelar suami isteri.

“Biasalah dalam perkahwinan ada turun naik. Waktu itu saya memang tengah geram. Saya tak buang pun gambar, tapi archive (simpan dalam arkib) sahaja.

“Cuma bila kita jadi perhatian, perkara kecil pun menjadi besar. Padahal semua perempuan pun kalau gaduh perkara pertama dia akan buat (padam gambar). Saya merajuk lama tau,” katanya ketika ditemui wartawan di majlis perkahwinan pakar pelaburan saham, Datuk Dr. Mohd. Nazri Khan Adam Rasol Khan dan Datin Tuan Nor Ernie Rossmeris Tuan Zahari di Hotel Mandrin Oriental, Kuala Lumpur malam tadi.

Tambah bekas isteri kepada aktor Sharnaaz Ahmad itu, dia sememangnya sedar akan implikasi atas tindakannya itu hingga menjadi topik perbualan netizen dan media.

“Sebenarnya saya tahu implikasi itu. Macam Neelofa dan keluarga bila dia menjadi perhatian, tempiasnya pun tetap kena pada saya juga.

“Saya sepatutnya berhati-hati. Tapi kita manusia, perempuan dan berjiwa lembut. Saya tak terkejut, tapi dapat rasa perkara ini mesti jadi perhatian.

“Tapi sebab masa tu geram, jadi saya tak fikir panjang. Kadang bila orang menilai, kita abaikan saja. Kita tak boleh puaskan hati semua orang,” ujarnya lagi seraya enggan mendedahkan punca sebenar salah faham yang berlaku.

Julai lalu, kisah rumah tangga pasangan ini menjadi perbualan dan teka-teki apabila Noor Nabila bertindak memadam semua foto bersama suaminya dalam media sosial miliknya.

Namun, sebulan selepas itu, Noor Nabila ada memuat naik sebuah video dalam TikTok yang memaparkan suaminya sedang menjadi imam ketika menunaikan solat di kediaman mereka.

Kelibat Engku Emran dalam video tersebut jelas kelihatan ketika anak tunggal Noor Nabila iaitu Jebat Jayden mengambil telefon bimbit yang digunakan untuk merakam aksinya sedang solat sebelum diletakkan di bahagian depan.

Pada 4 September lalu, Noor Nabila turut berkongsi foto bersama suaminya dalam InstaStory sempena sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-38 yang dihadiri ahli keluarga terdekat sekali gus membuktikan mereka masih bersama.

Untuk rekod, sebelum menikahi Nabila pada 19 Mac tahun lalu, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan dua selebriti jelita iaitu Erra Fazira dan dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya, 13.

Malah dia juga pernah berkahwin dengan aktres popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun tidak dikurniakan cahaya mata.

Sementara itu, Noor Nabila pula pernah mendirikan rumah tangga dengan Sharnaaz pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020.

Hasil perkongsian hidup selama tiga tahun itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia empat tahun. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI