fbpx

JDT menang, tapi Muhammad Sanusi yang sohor di Facebook

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video Muhammad Sanusi bermain viola mengucapkan tahniah kepada JDT.

PETALING JAYA – Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai trofi Piala FA malam, namun sebaliknya nama Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor pula popular menerusi carian Facebook.

Berdasarkan video terbaharu dimuat naik pada media sosial, beliau mengucapkan tahniah kepada JDT sambil beraksi bermain viola dan berseloroh.

“Tahniah JDT menang Piala FA semalam. Sayangnya pemain JDT tak pandai cakap Johor,” katanya pada hantaran tersebut.

Ia menerima pelbagai maklum balas daripada pengguna laman sosial dengan ada yang menyifatkan Muhammad Sanusi tidak perlu berbuat demikian selain ada beranggapan sekadar usikan daripada Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) tersebut.

“Daripada ‘membahan’ lagi baik fokus kepada rakyat. Banyak lagi benda boleh bantu rakyat daripada terus jadi tak matang. Buat apa bergaduh, bukan dapat apa pun. Tunjukkan contoh baik bukan ikut serta,” kata Nizamuddin Barudin meninggalkan komen.

“Pandai Menteri Besar Kedah menutup kesedihan,” ujar Luqman Hakim Rosli.

“Tak payah cakap banyak. Team Kedah dah bungkus awal, ikat tepi,” kata Sallehudin Abdul Manan.

Pasukan JDT menepati ramalan apabila berjaya menjuarai trofi Piala FA musim ini selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) dengan kemenangan 3-1 pada aksi final yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Pada perlawanan tersebut, skuad Harimau Selatan kendalian Hector Bidoglio membariskan kesebelasan terbaik dengan menyenaraikan jentera serangan utama terdiri daripada Bergson Da Silva, Leandro Velazquez dan Arif Aiman Hanapi.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan, tanpa berselindung Muhammad Sanusi menyatakan sokongan ke atas Terengganu FC dalam perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada final Piala FA 2022. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI