fbpx

Harga pengalaman perjalanan usahawan berjaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seorang usahawan Indonesia bertanya soalan di ICM Indonesia 2022, yang turut disertai 336 usahawan jutawan di bawah program pementoran Titanium.

BALI – Bukan mudah untuk usahawan baharu dapat duduk bersama kumpulan yang sudah sukses dalam bisnes.

Bagi Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd., itulah peluang disediakan platform Inner Circle Meeting (ICM) Indonesia yang dibimbing Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman kali ini.

“30 usahawan perusahaan kecil dan sederhana dari Indonesia bukan saja dapat ilmu, malah perkara betul dilakukan usahawan jutawan Malaysia dalam berdepan pelbagai cabaran secara percuma.

“Mereka ini yang kebanyakannya usahawan di bawah Kementerian Pariwisata dan Ekonomi Kreatif Indonesia belajar ilmu keusahawanan dan strategi usahawan berjaya dalam industri yang sama,” katanya.

Menteri Parawisata dan Ekonomi Kreatif Indonesia, Dr. Sandiaga Uno sempat menyapa peserta ICM Indonesia secara online pada Rabu lalu.

Tambah Radz, seperti kata Dr. Azizan, untuk berjaya dengan lebih pantas, pilih jalan pintas dengan mengikuti kejayaan usahawan yang sudah terbukti.

“Nak jumpa usahawan jutawan RichWorks, anda dijemput hadir ke 10X Bina Bisnes Berjaya edisi ketiga pada 28 – 30 Oktober nanti, disamping dapat persiapkan bisnes berdepan isu yang makin mencabar,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI