fbpx

Cik B mula ikut perangai Vida, tayang barang mewah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TINDAKAN Cik B berkongsi harga pakaian dan aksesori hariannya dikecam sebagai menunjuk-nunjuk.

BERUNTUNG betul jadi Cik B. Sudahlah hidup dengan limpahan kasih sayang ibunya, Datuk Seri Vida. Lebih utama Cik B juga beribukan seorang usahawan jutawan yang memanjakan dirinya dengan kehidupan dan barangan mewah berharga beribu-ribu ringgit pada usia muda.

Nak tersembul biji mata tengok harga jam tangan yang digayakan Cik B sahaja sudah mencecah harga setengah juta ringgit!

Belum lagi harga pakaiannya yang mencecah harga RM14,000. Jumlah semua yang digayakan Cik B dari hujung kepala hingga hujung kaki hampir mencecah RM700,000!

Demikianlah serba sedikit perkongsian oleh remaja berusia 17 tahun itu apabila mempamerkan harga pakaian dan aksesori yang digayakan menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya baru-baru ini.

Bukan barangan ‘ciplak’ tau, semuanya jenama mewah terkemuka. Harganya boleh membuatkan orang ‘kebanyakan’ yang tengok terasa makan hati termasuklah Diva sendiri.

Jangankan kata nak pakai barang harga beribu, kasut Diva sendiri tak sampai RM200 pun dah rasa cukup mahal.

Cuma yang tidak sedapnya, bila ada netizen rasa kurang senang dengan tindakan Cik B menayang barangan mewah untuk tatapan umum.

Kata netizen, Cik B nampaknya sudah mula mengikut perangai ibunya yang suka menunjuk-nunjuk dalam media sosial.

DIVA: Ramai kata suara penyanyi Jaclyn Victor sudah tidak senyaring dan selantang dahulu. Faktor usia mungkin?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI