MELAKA – Soh Tee Yong bapa kepada legenda bola sepak negara, Datuk Soh Chin Ann meninggal dunia di Hospital Alor Gajah dekat sini kira-kira pukul 1 pagi tadi.
Chin Ann berkata, jenazah mendiang yang berusia 107 tahun akan dibawa ke kediamannya di Jalan Kolam Air, Alor Gajah.
“Ayah saya dimasukkan ke Hospital Alor Gajah kerana tidak berapa sihat sejak tiga hari lalu, kesihatannya merosot selepas dia tidak berselera untuk makan.
“Semua adik-beradik mengambil keputusan menghantarnya (ke hospital) bagi mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 1 pagi,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Chin Ann berkata, mendiang meninggalkan lapan anak iaitu lima lelaki dan tiga perempuan yang kesemuanya masih hidup.
Jelasnya, jenazah akan berada di rumah selama empat hari bagi memberi peluang saudara mara, jiran, kenalan serta sahabat memberi penghormatan terakhir. – KOSMO! ONLINE