fbpx

Aliran air bercampur tanah resahkan penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan aliran air bertanah yang berlaku di Taman Megah, Kluang selepas hujan lebat petang kelmarin.

KLUANG – Kebimbangan penduduk Taman Megah dekat sini mengenai kejadian banjir lumpur ekoran kerja-kerja menggondolkan kaki Gunung Lambak akhirnya menjadi kenyataan.

Dalam kejadian terbaharu, kawasan perumahan yang ha­nya terletak kira-kira 200 meter dari lereng bukit itu sudah dipenuhi aliran air bercampur tanah ekoran hujan lebat yang berlaku tidak sampai sejam kelmarin.

Seorang penduduk, Azizi Rahman, 55, berkata, ini merupakan kejadian banjir pertama yang berlaku sejak keluar­ganya tinggal di kawasan penempatan itu lebih 10 tahun lalu.

Katanya, penduduk bukan sahaja perlu membersihkan sendiri kawasan halaman rumah yang dimasuki air berlumpur, namun turut bimbang berlakunya runtuhan tanah.

“Kami mengharapkan satu tindakan drastik dapat dilakukan bagi mengelakkan kejadian lebih buruk berlaku seperti aliran air bertanah yang lebih banyak sekiranya hujan lebat dalam tempoh yang agak lama.

“Semua sedia maklum, ha­nya beberapa bulan lagi akan memasuki musim tengkujuh, manakala fenomena La Nina yang berlaku sekarang akan menyebabkan berlakunya hujan dalam jumlah lebih banyak daripada sebelum ini,” katanya.

Ujar Azizi lagi, pihaknya tidak mempersoalkan tentang projek pertanian yang ingin diusahakan, namun kawasan berkenaan didakwa terlalu hampir dengan kediaman penduduk.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Kluang, Datuk Md. Jais Sarday berkata, hasil semakan pihaknya mendapati, tanan seluas kira-kira 34 hektar dikurnia­kan kepada tiga individu pada tahun 1968.

Katanya, ketiga-tiga individu berkenaan kemudiannya menjual lot tanah itu kepada sebuah syarikat dan dipercayai pene­bangan pokok dilakukan untuk mengusahakan tanaman durian musang king.

“Secara hakikatnya, tidak ada apa-apa yang boleh dilakukan kerana ia adalah kawasan tanah persendirian dan didaftar­kan sebagai tanah pertanian.

“Bagaimanapun, saya minta Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Perhutanan supaya dapat melakukan tindakan sewajarnya bagi membantu mengatasi masalah ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI