fbpx

115 peserta sertai Kejohanan Memanah Terbuka 1000 Liga Peringkat Daerah SPU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian peserta memanah yang mengambil tempat pada Kejohanan Memanah Terbuka 1000 Liga Peringkat Daerah SPU di Padang Menora, Tasek Gelugor, di sini semalam.

SEBERANG PERAI – Seramai 115 orang peserta memeriahkan Kejohanan Memanah Terbuka 1000 Liga Peringkat Daerah Seberang Perai Utara (SPU) anjuran Pejabat Belia Dan Sukan Daerah (PBSD) SPU yang berlangsung di Padang Menora Tasek Gelugor, di sini semalam.

Pegawai PBSD SPU, Natrah Esa berkata, penyertaan yang terbuka kepada orang ramai itu turut melibatkan enam acara sukan lain seperti catur, taekwando, merentas desa, ping pong, sepak penalti dan juga badminton yang diadakan di sekitar pusat komuniti daerah SPU.

“Acara sukan dalam Kejohanan 1000 Liga ini bermula pada 27 Ogos lepas sehingga 2 Oktober depan. Di mana setiap PBSD daerah negeri akan lakukan perkara yang sama, cuma berlainan jenis sukan.

“Untuk SPU kita buat tujuh acara sukan termasuk memanah dan kesemua (acara) diadakan pada tarikh berlainan dan lokasinya adalah di pusat komuniti sekitar daerah SPU dengan sasaran 700 orang peserta,” katanya kepada Kosmo! ketika ditemui di sini semalam.

Dalam pada itu, beritahunya lagi, untuk tahun ini penganjuran acara sukan memanah adalah yang pertama kali diadakan hasil kerjasama dengan Kelab Memanah Semerah.

“Sambutan bagi acara memanah tradisional adalah sangat menggalakkan, malah ada peserta dari luar Pulau Pinang turut sama menyertai kejohanan ini..satu perkembangan yang baik kami lihat.

“Malah, kami juga berbesar hari untuk anjurkan kejohanan seumpama ini pada masa akan datang dengan melihat sambutan yang diterima kali ini adalah begitu menggalakkan dalam kalangan komuniti,” katanya lagi.

Natrah menambah, objektif utama penganjuran kejohanan tersebut adalah tidak lain untuk mempromosikan aktiviti sihat dengan bersukan selain ingin mengeratkan hubungan silaturrahim antara komuniti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI