fbpx

Wanita ‘berbulan madu’ sendirian, enggan tunggu sehingga berkahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BRITTANY mahu melengkapkan senarai destinasi yang ingin dilawati dan memanjakan dirinya. – Brittany Allyn/SWNS

LONDON – Seorang wanita di Britain memutuskan untuk ‘bulan madu’ seorang diri kerana enggan menunggu bertemu lelaki yang tepat untuk berkahwin sebelum melawat senarai destinasi yang diimpikan olehnya, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Brittany Allyn, 36, ingin mengembara dan memanjakan dirinya tetapi enggan menunggu sehingga berkahwin untuk berbuat demikian.

Brittany berpindah dari New York, Amerika Syarikat (AS) ke London pada Oktober 2021 apabila rakan lamanya mempunyai bilik kosong. Dia kemudian memilih untuk mengembara ke Eropah sekerap mungkin.

Pada November 2021, dia melakukan perjalanan solo ke Rom dan jatuh cinta dengan makanan dan budaya Itali.

Selepas enggan membiarkan status bujang menghalang keinginannya, Brittany mengembara sendirian ke Selatan Perancis pada Jun 2022. Dia melawat Venice dan Verona di Itali pada Ogos tahun sama.

Semasa melancong, Brittany suka berdandan, memanjakan diri dengan menempah hotel butik dan mengunjungi restoran mewah seperti gaya seorang bintang Hollywood.

“Saya mempunyai begitu banyak senarai tempat untuk berbulan madu. Dan saya fikir mengapa menunggu? Jadi saya terus melakukannya dan suka mengembara bersendirian semasa ‘berbulan madu’.

“Saya telah melawat tempat-tempat yang menakjubkan seperti Hotel du Cap-Eden-Roc di Perancis dan hotel butik yang cantik seperti Hotel Provencal Villefranche dan Hotel il Palazzo Experimental. 

“Buat masa ini, saya masih bujang dan bersendirian. Ia tidak menghalang saya untuk berseronok,” kata pesohor media sosial dari AS itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI