fbpx

Sekeping wang kertas £50 menampilkan potret Ratu Elizabeth II dilelong di eBay pada harga £10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan wang kertas £50 dengan potret Ratu Elizabeth II. – Jam Press

LONDON – Seorang warga Britain menawarkan wang kertas £50 (RM260) yang menampilkan potret Ratu Elizabeth II di platform jualan eBay pada harga £10,000 (RM52,181) beberapa minit selepas baginda mangkat, lapor akhbar Mirror UK, semalam.

Ratu Elizabeth II mangkat di Istana Balmoral, Scotland pada usia 96 tahun.

Pertukaran monarki akan menyaksikan potret Ratu Elizabeth II pada tender sah dan setem Britain digantikan dengan imej Raja Charles III.

Selepas 45 minit dunia dimaklumkan mengenai kemangkatan monarki paling lama menaungi Britain itu, seorang rakyat tempatan bertindak melelong wang kertas cetakan terakhir yang memaparkan potret mendiang.

“Wang kertas £50 tidak diedarkan AA01 089063 wang kertas denominasi terakhir dengan potret Ratu Elizabeth II. Wang kertas £50 polimer tidak diedarkan AA01 089063. 

“Keluaran baharu oleh Bank of England. Dibungkus dengan baik untuk mengelakkan kerosakan. Kos pos melalui penghantaran khas Royal Mail ditanggung oleh saya,” demikian menurut keterangan lelongan itu.

Lelongan itu ditawarkan sehingga sembilan hari lagi. Setakat ini belum ada bidaan untuk wang kertas tersebut.

Bagaimanapun, apabila mata wang menampilkan potret Ratu Elizabeth semakin berkurangan termasuk wang kertas dan syiling, pengumpul akan mendapatkan salinannya sebagai memorabilia.

Dengan reka bentuk baharu akan menampilkan Raja Charles III, mata wang semasa akan berkurang apabila pengumpul dan fanatik diraja cuba mendapatkan dan menjual memorabilia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI