fbpx

Piala FA: JDT mendahului 1-0 separuh masa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain JDT, Arif Aiman (tengah) meraikan gol jaringannya pada perlawanan akhir Piala FA Terengganu FC menentang JDT di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, hari ini. /FOTO FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR – Johor Darul Ta’zim (JDT) membuktikan status selaku pasukan pilihan selepas mendominasi pada awal separuh masa pertama saingan final Piala FA 2022 menentang Terengganu FC (TFC) selepas berjaya mendahului 1-0 sebentar tadi.

Pada aksi tersebut, skuad Harimau Selatan bermula garang apabila pemain muda sensasi, Arif Aiman Hanapi melakukan rembatan pada minit ke-11 yang berjaya menggegarkan palang skuad Sang Penyu.

Skuad TFC kendalian Nafuzi Zain turut memiliki peluang terbaik selepas kapten pasukan, Kipre Tchetche gagal menyempurnakan peluang satu lawan satu selepas rembatannya ditepis Farizal Marlias pada minit ke-24.

Gol yang ditunggu akhirnya tiba apabila Arif Aiman bijak menyempurnakan peluang selepas menerima hantaran Leandro Velazquez untuk menewaskan penjaga gol TFC, Rahadiazli Rahalim pada minit ke-33.

Sebagai rekod, JDT memburu trofi Piala FA pertama sejak edisi 2016 manakala skuad Sang Penyu pula berharap untuk menamatkan badi 11 tahun tanpa trofi selepas kali terakhir menjulang trofi Piala FA pada edisi 2011. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI