NAMPAKNYA fenomena abang bomba viral masih hangat dalam radar media sosial tanah air.
Selebriti tanah air juga tidak terkecuali ‘menyertai’ trend memanggil abang bomba apabila berlaku kecemasan.
Antara yang mencuri perhatian ialah Elizabeth Tan atau Lizzy dan Neelofa.
Bertuahnya Lizzy ialah apabila kejadian kecemasannya berjaya diselamatkan dengan kehadiran barisan pegawai bomba berbadan kekar.
“Untungnya Lizzy, abang bomba terus datang mengelilingi!” gurau netizen.
Sementara situasi Neelofa pula berlaku sebaliknya. Abang bomba yang diseru tetapi suaminya Haris Ismail pula yang muncul sebagai penyelamat.
“Panggil abang bomba tetapi abang ustaz pula muncul,” komen netizen.