fbpx

Monarki Eropah kibar bendera separuh tiang hormati pemergian Ratu Elizabeth II

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bendera di Sweden, Norway dan Sepanyol dikibar separuh tiang demi menghormati kemangkatan Ratu Elizabeth II. - Daily Mail

LONDON – Beberapa institusi diraja Eropah bersama-sama memberi penghormatan kepada mendiang Ratu Elizabeth II kelmarin  dengan mengibarkan bendera negara pada separuh tiang, lapor portal berita MailOnline semalam.

Kerajaan Sepanyol, Sweden dan Norway semuanya memberi penghormatan kepada mendiang selepas baginda  diumumkan meninggal dunia pada usia 96 tahun.

Raja Felipe VI dari Sepanyol  mengetuai penghormatan kepada Raja Charles III dengan kenyataan yang memberitahu ‘baginda akan sangat merindui ibu saudara (Ratu Elizabeth II)  yang mesra dengan gelaran  Lilibet’.

Di Madrid, bendera Keluarga Diraja dilihat berkibar separuh tiang di sebelah Istana Zarzuela sebagai tanda penghormatan.

Di Stockholm pula, istana diraja juga mengibarkan bendera Sweden dengan cara yang sama seperti yang dilakukan oleh Norway di Oslo.

Jambangan bunga juga ditinggalkan oleh peminat diraja di hadapan Kedutaan Britain  di Stockholm, di mana bendera Union Jack juga berkibar separuh tiang.

Di Belanda, sejambak, kad dan bunga dibiarkan di hadapan kedutaan British di The Hague. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI