fbpx

Malaysia dilanda musim ‘mabuk’ konsert

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Sejak kebelakangan ini, Malaysia meriah dengan lambakan konsert, tidak kira melibatkan penyanyi tanah air mahupun penghibur luar negara.

Saban minggu pasti ada sahaja penyanyi yang berpentas dengan konsert. Semalam dan hari ini misalnya, kumpulan legenda dari Indonesia, Dewa I9 sukses dengan penganjuran Konsert Anniversary Tour 30 Years of Dewa 19 di di Axiata Arena, Kuala Lumpur.

Lebih dramatik, tiket konsert mereka habis terjual dalam tempoh satu jam!

Tidak hanya Dewa 19, trend tiket konsert laris dalam tempoh yang singkat turut berlaku kepada beberapa penyanyi lain termasuk penghibur tempatan.

Ironinya, suatu ketika dahulu amat sukar untuk warga tempatan mengeluarkan wang bagi sebuah persembahan pentas. Kosmo! menyenaraikan beberapa buah konsert yang cukup laris tahun ini.

 

Justin Bieber

Sungguhpun ramai peminat yang kecewa dengan pembatalan siri jelajah dunia Justice World Tour oleh penyanyi sensasi Justin Bieber, penyanyi Amerika Syarikat itu masih berjaya mencipta rekod apabila tiket konsertnya di Malaysia habis terjual dalam tempoh hanya tiga jam.

Difahamkan, penyanyi itu membatalkan konsertnya atas faktor kesihatan selepas diserang sindrom Ramsay Hunt yang menyebabkan sebahagian wajahnya lumpuh.
Mengikut perancangan, siri jelajah Justice World Tour akan bersambung di Afrika Selatan, Asia Barat, Asia, Australia dan New Zealand sebelum kembali ke Eropah, antara

Januari hingga Mac tahun depan.
Peminat di Malaysia sepatutnya berpeluang menyaksikan Bieber pada konsert yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur bulan depan.

Datuk M. Nasir

Tidak ketinggalan dalam trend lambakan konsert sejak kebelakangan ini adalah sifu muzik, Datuk M.Nasir. Beliau yang akan mengadakan persembahan di Dewan Filharmonik Petronas pada 26 November depan sempena konsert Simfoni Mustika. M.Nasir juga berjaya meletakkan tanda aras yang begitu tinggi.

Sekitar 40 minit sahaja, tiket konsertnya telah habis terjual. Walhal pada hujung Julai lalu, beliau bersama Kembaru telah pun mengadakan sebuah konsert.
Ini membuktikan, penangan penyanyi senior sepertinya masih berbisa dan kekal relevan sehingga ke hari ini.

Ungu

Kumpulan Ungu yang popular dengan untaian lagu Demi Waktu, Andaiku Tahu dan Tercipta Untukku sekitar tahun 2000 ke atas juga bakal memeriahkan lagi acara konsert di Malaysia.

Selepas sekian lama tidak berkunjung di Malaysia, sementelah vokalisnya Pasha memilih untuk menyertai politik, Ungu kembali mengubat kerinduan peminat dengan mengadakan konsert Ungu 26th Anniversery Live in Malaysia pada 18 dan 19 November depan di Menara PGRM, Kuala Lumpur.

Disebabkan itu, tidak sampai satu jam, sekitar 85 peratus tiket telah terjual dan pihak penganjur menambah lagi konsert pada hari kedua demi memuaskan hati peminat Ungu.

Rizky Febian

Hasrat penyanyi solo popular Indonesia, Rizky Febian untuk mengadakan persembahan di Malaysia tercapai apabila berlangsungnya konsert Rizky Febian Live in Kuala Lumpur pada 20 Oktober depan di Zepp, Kuala Lumpur.

Meskipun tidak pernah berkunjung ke Malaysia, Rizky yang popular menerusi lagu Hingga Tua Bersama itu berjaya mencipta rekod cemerlang apabila tiket konsertnya licin terjual dalam tempoh hanya satu jam.

Wings

Kumpulan rock legenda Wings yang mengadakan konsert di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada 15 dan 16 Julai lalu meluahkan rasa sebak apabila tiket konsert mereka laris.

Masakan tidak, mereka membuat kejutan apabila tiket konsert hari pertama habis terjual dalam tempoh hanya 15 minit, manakala untuk hari kedua dalam masa lima minit sahaja.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI