fbpx

Lelaki disambar buaya ketika cuba seberang sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan NOTA TERBITAN KOSMO 13 DISEMBER 2016 SELASA MUKA 2 Archived By RM

SANDAKAN – Seorang lelaki berusia 50 tahun dilaporkan hilang dipercayai disambar buaya sewaktu menyeberangi sungai berhampiran Taman Kenari Batu 7 malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 8.57 malam.

“Seramai lapan anggota termasuk pegawai bersama jentera dan EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan bergegas ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Menurut saksi, mangsa yang cuba untuk menyeberang sungai menggunakan rakit telah disambar buaya.

“Operasi SAR dijalankan disepanjang sungai di kawasan mangsa dilaporkan dibaham buaya namun mangsa belum ditemui,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurutnya, operasi SAR ditangguh pada pukul 10.28 malam tadi dan disambung semula hari ini.

“Operasi SAR akan disambung semula pada pukul 6 pagi tadi. Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI