fbpx

[KEMASKINI] Mangsa lemas kritikal dirujuk pakar, seorang lagi masih di ICU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HUSSIN (dua dari kanan) hadir ke pusat operasi sementara SAR mangsa lemas di Pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor semalam

KOTA TINGGI – Salah seorang daripada mangsa lemas yang kritikal ketika mandi di Pantai Tanjung Balau semalam dirujuk kepada doktor pakar di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, mangsa, Mohd. Asyraf Syazwan Mohd. Fairuz, 7, yang tinggal di Felda Sungai Mas telah dihantar ke Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) HSI malam semalam untuk pemantauan rapi.

Manakala kakaknya, Nur Azrin Syazwani, 14, masih dirawat di unit rawatan rapi Hospital Kota Tinggi (HKT).

“Seorang mangsa masih ditahan di HKT manakala seorg lagi mangsa yang dirawat di hospital sama telah dihantar ke HSI malam semalam untuk rawatan dan pemantauan pihak doktor.

“Mangsa masih mendapat rawatan di PICU HSI serta masih tidak sedarkan diri dan mendapat pemerhatian dari pakar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Hussin berkata, hasil bedah siasat terhadap mayat Nurish Qhalisya Suhailizam, 13, mendapati punca kematiannya adalah disebabkan lemas.

Terdahulu, kesemua mangsa datang beriadah di pantai berkenaan pagi semalam sebelum terlibat dengan kejadian lemas yang meragut nyawa Nurish Qhalisya Suhailizam, 13, dari Kampung Baru Sungai Mas.

Mayatnya dijumpai pada pukul 2.37 petang semalam kira-kira 50 meter dari lokasi dipercayai hilang dalam keadaan tersangkut di celah batu.

Ekoran kejadin itu Mohd Ashraf Syazwan dan kakaknya Nur Azrin Syazwani tidak sedarkan diri manakala tiga lagi rakan mereka Siti Alesya Qistina Mustafa, 13 Siti Alysya Abdullah, 13 dan Nur Zurin Hafeeza Mohd Azhari, 13 terselamat.

Jenazah Nurish Qhalisya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gugusan Waha kira-kira pukul 10.28 malam tadi.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI