fbpx

Dunia bersatu zahir ucap takziah buat Ratu Elizabeth II

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ribuan rakyat Britain berkumpul di depan Istana Buckingham bagi memberi penghormatan terakhir kepada ratu Elizabeth II. - PA

LONDON – Pemimpin dari setiap pelosok dunia berkabung semalam sebagai penghormatan kepada Ratu Elizabeth II selepas monarki paling lama bertakhta itu mangkat di kediamannya di Scotland pada usia 96 tahun.

Kata ucapan tiba dari negara-negara yang pernah diperintah oleh baginda dan negara-negara yang pernah berperang dengan Britain. Ini adalah antara ucapan takziah berhubung pemergian Ratu Elizabeth II yang memerintah United Kingdom sejak tahun 1952 dan merupakan ketua negara kepada 14 negara Komanwel di seluruh dunia.

Asia Selatan di mana Britain merupakan kuasa kolonial sejurus sebelum pemerintahan Ratu Elizabeth II bermula, membuka ucapan takziah dengan Perdana Menteri India berkata, beliau ‘sakit’ kerana kemangkatan baginda 

Di hemisfera selatan, Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa bercerita bagaimana beliau dan Ratu Elizabeth II mengingati bersama tentang Nelson Mandela, manakala Presiden Kenya, William Ruto memuji kepimpinan mendiang dalam Komanwel.

Perdana Menteri Australian Anthony Albanese menyatakan bahawa kemangkatan Ratu Elizabeth II menandakan berakhirnya sebuah era.

Jauh di hujung dunia, Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau berkata, Ratu Elizabeth II sentiasa hadir dalam hidup kami dan khidmat baginda kepada rakyat Kanada akan kekal sebagai elemen penting dalam sejarah negara kami.

Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden menggelar Ratu Elizabeth II sebagai monarki pertama yang menyantuni secara peribadi individu di seluruh dan mengarahkan bendera-bendera di White House dan bangunan kerajaan dikibarkan separuh tiang sebagai penghormatan kepada mendiang.

Musuh Britain, Presiden Vladimir Putin mengucapkan takziah kepada Raja Charles III. Putin mendoakan ‘keberanian dan kekuatan’ selepas kemangkatan bonda baginda. 

Ribuan rakyat Britain sanggup berkumpul dalam hujan di hadapan pintu Istana Buckingham bagi memberi penghormatan terakhir sejurus selepas pengumuman rasmi dibuat mengenai kemangkatan Ratu Elizabeth II pada petang Khamis (waktu tempatan).

Ada yang saling memeluk, menitiskan air mata dan ada juga yang menyanyikan lagu kebangsaan Britain, “God Save the Queen.”  – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI