fbpx

Amaran cuaca buruk di Sabah petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda negeri Sabah sehingga pukul 5 petang hari ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kawasan terlibat adalah di pedalaman (Sipitang dan Tenom), Pantai Barat (Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelas MetMalaysia di laman Facebook rasminya hari ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI