REMBAU – Tujuh lelaki berdepan detik cemas apabila kenderaan dinaiki mereka hilang kawalan lalu merempuh penghadang jalan di kilometer 238, Lebuh Raya Utara-Selatan (arah Selatan), di sini, pagi tadi.
Rakaman video kemalangan memaparkan kereta berkenaan terbalik serta berpusing beberapa kali di kiri serta kanan jalan menjadi tular di media sosial.
Menurut Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad, kemalangan berkenaan berlaku pada pukul 7 pagi membabitkan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Innova.
“Kereta dinaiki tujuh lelaki dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor Bharu untuk upacara sembahyang telah hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar besi penghadang lebuh raya.
“Penumpang belakang berusia 18 tahun cedera ringan pada bahagian lutut telah dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk rawatan lanjut manakala lain-lain mangsa tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -KOSMO! ONLINE